Tuesday, February 28, 2012

Wanita dan Aurat

Assalamualaikum...
kali nie nak kongsi pasal aurat2 wanita...seperti yg kita tau, aurat wanita adalah semua kecuali muka dan tapak tangan..so, sebagai wanita,kita kena tutup aurat. sebab apa? mstila sbb tutup aurat nie wajib dan merupakan tuntutan agama. bukan saja2 kena tutup tau. lagipun, menutup aurat nie banyak hikmahnya.  nie dalil2 yang mengatakan pasal aurat wanita. ada yang dari Firman Allah SWT dan ada juga dari hadis-hadis Nabi SAW...meh kita baca...


1. Bulu kening — Menurut Bukhari, "Rasullullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) —"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.


3. Wangian — "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada — "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31


5. Gigi — "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher — "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan — "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan — "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.


"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian — "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.


13. Rambut — "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


Sekadar perkongsian..Jom muhasabah diri...
Selamat beramal.. !! ~

Thursday, February 23, 2012

Confused = ='

Salam...

ok. tgk tajuk pun dh tau kn. huu. aku mmg btul2 tgh confused. nk bwk keta ke x next sem. ummi ngn abah bg pulak unser. haishh. 10kali ak fikir xdpt2 jgk jwpn. ak mmg nk sgt bwk keta. tp xnk bwk UNSER HIJAU tu... penat den. minyak lg. maintenance lg. dush3 !! aaaaaaa.....tolong !!

Monday, February 20, 2012

Tercipta Untukku

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya juga membuat blog untuk kesekian kalinya. Tujuan utama aku wat blog nie adalah x lain x bukan untuk mendapat keredhaan Allah dan menyebarkan segala ilmu yang aku ada di samping mencurahkan isi hati yg xterluah kt sapa2. + update pasal diri sendiri. hee. mungkin ianya boleh diberi manfaat. dan mungkin juga boleh diambil iktibar. wallahu'alam.

Saat ini aku berasa diri aku kosong sangat. Kosong dengan ilmu2mu Allah. Telah lama aku tinggalkan majlis ilmu. telah lama aku tak bg peluang kat jiwa aku untuk makan dan diisi.

Aku still teringat2 apa yg ummi aku pesan minggu lepas. " Along, takat ilmu dunia nie, bila2 along nak, along bleh dapat.  tapi along kena jugak usaha utk cari ilmu akhirat. ilmu tu along kena guna dalam kehidupan seharian. kita hidup di dunia nie bukannya nak berseronok ja along. Allah dah bagi matlamat kita untuk hidup. kita hidup based on matlamat yg Dia bagi. hidup kita xkan berkat kalo kita buat kerja dunia tapi lupa kerja akhirat. kita kena sentiasa tambah amal kita...along xleh tinggal majlis2 ilmu. kalo ada ceramah ka,majlis ilmu ka,usrah ka, along kena grab peluang yg ada. jgn lupa..umur kita sentiasa meningkat..dan kita semakin hampir dengan KEMATIAN..."

Hampir setiap hari benda nie terngiang2 kt telinga aku. bukan aku xdak kesedaran. tp entahla..yg aku rasa sekarang nie,jiwa aku lemah sangat2.

hmm. nie aku terasa nak share something. kemarin aku ikut ummi ngn abah aku g RECSAM..ada ceramah anjuran satu NGO yg family aku join.mula2 berat sangat hati aku nk pi. almaklumlaa...syaitan nie mmg suka hasut kita kalo kita nk buat benda baik. Alhamdulillah ummi aku nie tegas orgnya. nak tak nak aku kena jugak pi. huu. then sampai2 ja sana, aku berasa syokk. syokkk sangat2... aku xtau kenapa tiba2 perasaan tu mai. yg pasti mmg aku rasa SYOKK la. alhamdulillah....Allah telah kurniakan utk aku. aku bersyukur sangat2. aku pk aku dah xdak peluang nk rasa cmni lg. then, jumpa pulak kwn2 dan teman2 seperjuangan aku. ya Allah...besttttnyaaaaa !! aku salam n peluk diorg....yg buat aku terharu, diorg tetap xlupakan aku even aku da lama xjoin prog dgn diorg. syukur sgt2. saat tu, aku btul2 terasa manisnya ukhuwwah...indahnya dpt dirasa jika disalurkan dengan cara yg betul.

aku sedar sebenarnya aku tak layak pn nk berada dlm kalangan diorg semua. aku sedar pakaianku tidak begitu mengikut syariat ISLAM...aku tak tutup aurat dgn sempurna. Allahuakbar...aku perlukan kekuatan utk berubah...ya Allah...bantulah hambaMu ini...aku perlukan kawan yang baik..yg boleh menegur dan sentiasa xputus asa utk nasihat aku...

Aku berdoa agar aku sentiasa kuat untuk menghadapi dugaan dan segala macam fitnah dunia. Aku mahu berubah ya Allah...makbulkanlah doa aku...Allahumma ameen..